1 ) Segala urusan matawang adalah dalam Ringgit Malaysia sahaja dan tertakluk kepada terma dan syarat. Syarikat berhak melakukan perubahan pada terma dan syarat tanpa notis terlebih dahulu.
2 ) Selain pelajar, caj minimum untuk menyewa kereta adalah 1 satu hari (24 jam).
3) Penyewa adalah bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan atau ganti rugi pada kereta termasuk kerosakan pada badan , enjin dan lain-lain sekiranya ianya disebabkan oleh kecuaian Penyewa sepanjang tempoh sewaan dan Penyewa wajib menggunakan perbelanjaan sendiri untuk menggantikan atau membaiki kerosakan.
4) Penyewa adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kereta jika sebarang kemalangan berlaku sepanjang tempoh sewaan, juga termasuk pada kenderaan lain yang telibat dalam kemalangan tersebut. Penalti Minimum RM 2,000.00 ( Dua Ribu Ringgit Malaysia Sahaja) juga akan dikenakan kepada Penyewa sekiranya berlaku kemalangan kemalangan.
5) Kereta yang disewa adalah untuk kegunaan sendiri sahaja. Menyewakan kepada pihak ketiga adalah dilarang sama sekali dan kereta yang disewa juga tidak boleh digunakan untuk tujuan jenayah.
6) Jika menyewa untuk tempoh yang lama, Penyewa adalah bertanggungjawab untuk mengembalikan kenderaan untuk tujuan penyelenggaraan pada setiap 10,000 KM atau pada tarikh yang dijadualkan. Sebarang kerosakan dan kos pembaikan pada kenderaan yang disebabkan oleh kelewatan penyelenggaraan akan ditanggung oleh Penyewa.
7) Penyewa adalah bertanggungjawab untuk membayar semua saman samaada saman trafik atau saman majlis daerah yang dikeluarkan dalam tempoh masa penyewaan dan Penyewa perlu menyelesaikan dengan kadar segera setelah diberitahu pihak Syarikat. FTE Car Rental Sdn Bhd berhak mengenakan bayaran sehingga maksimum tiga ( 3) kali dari nilai saman kepada penyewa jika saman masih belum dibayar dalam tempoh 6 bulan selepas tarikh pemberitahuan itu.
No comments:
Post a Comment